Pada musim cuti sekolah di Mac 2013 , Pusat Bahasa Pelangi telah mengadakan Program Kem Jati Diri 2013 bertempat di Tanjung Sutera Resort , Sedili Besar . Kem jati diri ini adalah kem tahunan yang diadakan pada setiap tahun . Kem jati diri ini bertujuan untuk memantapkan jati diri pelajar disamping mendidik pelajar untuk berkerjasama di dalam kumpulan .Kem jati diri ini telah berlangsung pada 27 dan 28 Mac 2013 selama 2 hari 1 malam .
Kem ini diketuai oleh pengetua Pusat Bahasa Pelangi iaitu Cikgu Khairuddin dan Cikgu Zarina dengan kerjasama 8 orang fasilitator iaitu Hafiq , Amirul , Afiz , Azhar , Cikgu Azuwan , Cikgu Anas , Cikgu Khalida , dan Cikgu Liyana . Bilangan peserta yang menyertai kem jati ini adalah seramai 64 peserta yang terdiri daripada tingkatan 5 , tingkatan 3 dan darjah 6 . Seramai 64 orang peserta ini akan dibahagikan kepada 8 kumpulan iaitu Johor , Melaka , Selangor , Kelantan , Terengganu , Pahang , Perak , dan Perlis .
Hari Pertama (27 Mac 2013)
Seawal pukul 8 pagi , peserta berkumpul si perkarangan Pusat Bahasa Pelangi . Pelajar - pelajar kelihatan sungguh bersemangat dan tidak sabar - sabar untuk bertolak ke destanasi . Kelihatan fasi Azhar sedang gembira memunggah barang - barang peserta ke perut bas .
Peserta sampai ke destinasi tepat pukul 11.30 tengahari . Setelah peserta selesai mengambil barang masing - masing , peserta diminta berkumpul di hill view bertempat berhampiran pantai sementara menunggu dorm untuk sedia didiami oleh peserta .
Kelihatan peserta lelaki sedang memilih katil mereka masing - masing di dorm lelaki
Suasana Dorm perempuan
Kediaman Pengetua
Suasana peserta - peserta sedang bersantap makanan di dewan makan
Fasi pun tidak ketinggalan bersantap sebelum menjalankan tugas ke LDK pertama
LDK Pertama - Merentas Tasik (Bahagian Pertama)
Kelihatan kumpulan Melaka sedang melintasi tasik di atas tali , di dalam LDK ini peserta perlu mengimbangkan diri di atas tali bersama - sama ahli kumpulan . jika salah seorang ahli kumpulan tidak seimbang maka seluruh kumpulan akan menjadi tidak seimbang . LDK ini mengajar kita supaya bekerjasama dan tenang .
Pengetua tidak mensia - siakan peluang mencuba aktiviti ini.
Antara gelagat peserta yang tida dapat imbangkan badan di atas tali
LDK Pertama - Merentas Tasik (Bahagian Kedua)
Di bahagian kedua ini , peserta lebih diuji dengan keberanian dan kekuatan fizikal serta stamina .
Tiada satu peserta pun terkecuali untuk menjalani aktiviti ini .
LDK Kedua - Fustal Berkain Pelekat & Batik .
Aktiviti ini bertujuan untuk melatih diri pelajar untuk lebih berusaha untuk mengejar kejayaan seperti peserta harus bersusah-payah mengejar bola dan mengelecek bola dalam keadaan berkain pelekat dan berbatik .
Ketua Kumpulan Johor sedang membantu kumpulannya untuk mengalahkan pihak lawan
(Gambar Di Atas)
Salah seorang peserta sedang membuat percubaan untuk megegar gawang pihak lawan
Pelbagai gelagat yang ditunjukkan oleh para peserta
Sesi bergambar setelah selesainya LDK kedua.
Selepas LDK kedua dijalankan , para peserta diberi peluang untuk mandi kolam
Makan Malam
Pengetua juga ingin mengisi perut setelah seharian menguruskan aktiviti
Suasana makan malam yang amat menenangkan
Peserta tingkatan 5 sedang mensantap makan malam
Sedang menjamu makan malam yang enak yang sudah disediakan oleh pihak resort
Peserta sedang mendengar ceramah bertajuk " Mencari Sakinah "
Peserta sedang melakukan aktiviti berkumpulan yan disuruh oleh penceramah
Dikesempatan itu , bersama kita menyambut hari jadi anak pengetua , Damia Ayyunie .
Hidangan terlaris , Cheese Tart .
Coklat ditempah khas untuk 'Birthday's Girl'
Acara memotong kek :)
LDK Ketiga - Malam Kebudayaan
LDK seterusnya dijalankan , iaitu Malam Kebudayaan . Setiap kumpulan diberi tema bagi persembahan mereka , contohnya 'silent comedy' , muzikal dan sebagainya . LDK ini diadakan di dewan.
Pelajar berkumpul dan bersiap sedia untuk membuat persembahan .
Malam Kebudayaan dimulakan dengan persembahan tarian dari fasilitator , tarian 'Chicken Dance' .
"Surprised !? Happy 33th Birthday" . Kejutan untuk Pengetua .
Persembahan dimulakan ...
Persembahan paling mencuit hati . Syabas , Kak Ton !
Persembahan dari salah satu kumpulan,Ombak Rindu .
Hanya sekadar lakonan ...
Nyanyian secara 'live' , persembahan dari kumpulan Seangor .
Persembahan daripada kumpulan Johor , 'Silent Comedy'
Selepas berakhirnya kesemua 8 kumpulan , para peserta melakukan akviti 'campfire' yang diuruskan sepenuhnya oleh Pengetua . Dalam aktiviti inilah para peserta diuji dengan tahap kenyakinan masing-masing. Terdapat pelbagai perasaan suka mahupun duka sepanjang aktiviti ini di jalankan. Aktiviti ini berakhir menjelang subuh . (Tiada dalam gambar)
Hari Kedua (28/3/2013)
LDK Keempat - Explorace
Selepas para peserta bersarapan , LDK Keempat - Explorace dijalankan . Terdapat 8 checkpoint yang ada di dalam aktiviti ini Setiap checkpoint berada di sekitar kawasan resort seperti dewan dan pandang . Setiap fasi ditugaskan di 8 checkpoint yang di sediakan . Aktiviti ini dimulakan dengan setiap kumpulan bergerak ke checkpoint yang diberikan . Antara tugasan checkpont ialah Sampan Karam dan Radio Rosak . Aktiviti ini berlangsung selama lebih kurang 2 jam . Explorace ini dimenangi oleh kumpulan Pahang .
(Tiada Dalam Gambar)
LDK Kelima - Sukaneka
Aktiviti ini bukan sahaja hanya menguji tahap fizikal dan stamina semata-mata malah menguji semangat berpasukan .
Sukaneka dimulakan...
Salah satu acara sukaneka yang dilakukan.
Semangat berpasukan diperlukan sepanjang acara ini berlangsung .
Tamatnya LDK kelima ini , maka tamatlah kesemua LDK yang telah dilakukan . Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan anggota fasi atas komitmen yang diberikan .
Sekali lagi para peserta diberi kesempatan untuk mandi kolam sebelum majlis penutup dijalankan .
Para peserta menikmati hidangan tengahari sebelum bertolak pulang .
Di Akhir program , Majlis penutup tirai diadakan di dewan . Kesemua peserta dan fasi berkumpul sebelum majlis dimulakan .
Hadiah-hadiah bagi kumpulan yang menang .
Sijil bagi kesemua peserta dan cenderahati bagi fasi-fasi .
Cikgu Zarina sebagai pengerusi majlis ini.
Walaupun dalam keadaan kepenatan , para peserta masih mamp lagi mengukir senyuman .
Sijil Penyertaan diberi kepada semua peserta dan disampaikan oleh fasi kumpulan masing - masing .
Cenderahati disampaikan kepada para fasilitator oleh pengetua .
Johan keseluruhan bagi program ini , kumpulan Pahang . Tahniah diucapkan .
Para peserta begitu gembira dan teruja dengan Kem Jati Diri 2013. Seribu satu kenangan dan memori terpahat di hati masing. Program ini dilancarkan dengan jayanya . Ribuan terima kasih kepada semua para peserta dan fasi atas komitmen yang diberi .Para peserta mengharapkan agar kem seperti ini akan dilaksanakan lagi di masa akan datang . Harapan diberikan kepada para peserta agar dapat mencapai matlamat . Biar gambar ini menceritakan semua ini :))
No comments:
Post a Comment