Powered by Blogger.
RSS

Friday, March 15, 2013

Announcement II Kem Jati Diri 2013 @ Summer Luxury Camp


Bas panjang 2 buah -Done
Resort - Done booked
Makanan- Done include in package
Baju event - Done
Banner -Not printing yet
Fasilitator - 50% confirm. 
Tentatif - 10% more to adjust
Hamper - Not yet
Sijil penyertaan - Not yet
Penyertaan 70 peserta - Still waiting to collect the forms
Penceramah - Still searching for the best motivator


Why I called it 
"Summer Luxury Camp"???


Sebab kelab permotoran Porche pun pernah buat aktiviti kat sini..


ASTRO pun pernah berkampung kat sini!!!!
Walla...memang luxury sungguh..
Dorm pun setaraf chalet bukan asrama..

Oh ya sepanjang 10 tahun Pusat Bahasa Pelangi..
Inilah kali pertama peserta kem tidur dalam chalet..
Kalau tak diaorg tidur dalam khemah jer..
Makan pun makanan camp..
This time nop nop nop..
Makanan resort tu!!!

Then ini kali pertama kami menggunkan 2 bas...
Tahun2 lepas 1 bas sahaja tau..
Hopefully this "luxury summer camp" meninggalkan seribu kenangan manis utk mereka..

Ok lah jom kita tgk apa aktiviti yang boleh buat disana..


Hot Balloon..
Yang ni tak sure boleh buat atau tak..
Sebab kena ada tenaga kepakaran..


Main kayak..
Harap2 tak hujan..


Suasana yang sangat mendamaikan..


Aktiviti yang ditunggu2 oleh para peserta


Hati-hati uolss


Mari mengenali batu..


Flying fox pun ada..


Aktiviti dalam dewan


Wohoooo...Tak dapat naik yang atas,
berendam kat bawah sampai puas pun jadilah...hihi

Semua gambar-gambar ni saya ambil dengan keizinan tuan punya resort dari sini..



Baru balik dari membeli speaker besar gedabak ni..
Almaklum ler, selama ni bercakap guna healer atau wireless mic sahaja..
Ni kapasiti peserta dan bertambah, tap energy pun kenalah besar kan...hihi..

JOM JOM SEMUA PELAJAR SPM, PMR, UPSR 2013 RAMAI-RAMAI KITA PERGI 
'SUMMER LUXURY CAMP"
YANG AKAN DIADAKAN PADA 27-28 MAC 2013 DI TANJUNG SUTERA RESORT!!!

RUGI TAU TAK PERGI!!!!


Thursday, July 5, 2012

SENARAI PELAJAR PUSAT BAHASA PELANGI SESI 2011 YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI BAWAH PROGRAM ASASI/MATRIKULASI/DIPLOMA/PRA-U SELEPAS SPM


Nama
Pusat pengajian
Kursus
-Siti Khairunnisak Bt Mohd Zainal

-Kolej Matrikulasi Johor,Tangkak

-Perakaunan

-Nurul Aqilah Binti Ramli
- Universiti Teknologi Mara
-Diploma Perancangan Bandar
- Najwa Hazirah Binti Husaini

-Putra Intelek Int' College

-Diploma in Risk Management
- Noor Amirah Bt Zulkifli

-Kolej Matrikulasi Johor

- Accounting

- Nur Shazwani Binti Atemen
- Kolej Poly-tech Mara
-Diploma Business Information Technology
-Nadia Bt Jamaludin

- Uniten           
-Foundation in Accounting
- Syaheerah Binti Zainurin

-Kolej Matrikulasi Melaka
- Sains Hayat
-Nazirul Safwat Bin Abdul Aziz

-UITM-Universiti Teknologi Mara, Segamat, Johor
-Pra-Diploma Perdagangan (bussines management

- Nur Lyana Syazwani Bt Razali
-Politeknik Metro,Jb
-Diploma Kewangan dan Perbankan Islam

- Habsah Binti Yusof


-Politeknik Melaka, Melaka
-Diploma Kejuruteraan Awam
-Muhammad Azfar Bin Anuar

- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Pahang(polisas)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (automotif)

- Hafetz Hakim
- Institut Kemahiran Mara,Jb
- Mekatronik


-Intan syazwani mahadzir
-UPSI
-Diploma Sains
- Ahmad Fiqri Bin Hamdan
-Politeknik Merlimau,Melaka
-Diploma Kejuruteraan Awam.

-Muhammad Irfan Bin Sulaiman
-Kolej Pengajian- Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)   
-Diploma Pendidikan Islam


-Nizar Hazwan Bin Abd Wahap

-Yayasan Pelajaran Johor
-Diploma Teknologi Elektronik

Tuesday, July 3, 2012

KEM JATI DIRI 2012 || HARI KEDUA


Hari kedua Kem Jati Diri 2012 Pusat Bahasa Pelangi dimulakan dengan aktiviti beriadah selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah.Walaupun jam baru menunjukkan pukul 7 dan matahari baru sahaja terbit,namum para peserta tetap bersemangat melakukan aktiviti riadah.Antaranya aktiviti aerobik dan joging yang diketuai oleh setiap ketua kumpulan.




Setelah selesai beriadah,setiap peserta berkumpul di dalam kumpulan untuk aktiviti seterusnya iaitu ADK 2.Pemainan diadakan antara setiap kumpulan iaitu permainan BOM NEGARA .Tujuan permainan ini diadakan untuk memupuk semangat kerjasama antara setiap ahli kumpulan.



 Kumpulan yang kalah akan didenda untuk membuat hakka-hakka.Seterusnya,semua peserta dan guru-guru bersarapan nasi lemak bagi mengalas perut.


Damia Aleesya dan Damia Ayyunie sedang bersarapan bersama di tepi pantai.


Pertandingan bola tampar pantai diadakan selepas sarapan.Setiap peserta  bermain bola tampar mengikut kumpulan masing-masing.








Selesai saja aktiviti bola tampar pantai,cikgu Dini,cikgu Azuwan,cikgu Zarina dan guru-guru yang lain sibuk memasak mee hoon goreng untuk makan tengah hari.Peserta kem turut ringan tulang membantu memotong sayur,membasuh bekas dan memasak .


Para peserta memanfaatkan peluang yang ada dengan mandi laut sebelum makan tengah hari.







Para peserta sedang makan tengah hari bersama dengan guru-guru.





Selesai makan tengah hari,para peserta bergambar mengikut kumpulan sebagai kenangan.Tahniah diucapkan kepada Kumpulan 1 dan 2 kerana telah menjadi kumpulan terbaik sepanjang Kem Jati diri 2012..



Setelah semua aktiviti selesai dan barang-barang telah dikemas.Gambar kenangan beramai-ramai turut diambil sebagai tanda ingatan.Alhamdulilah,KEM JATI DIRI 2012 PUSAT BAHASA PELANGI di Mutiara Resort,Tanjung Sedili telah berlansung dengan jayanya dengan bantuan para guru dan komitmen 100% dari peserta yang terlibat.Selepas Zuhur,rombongan bertolak balik ke Pusat Bahasa Pelangi.Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.Semoga berjaya diucapkan kepada pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki PMR dan SPM.Kami Pusat Bahasa Pelangi mendoakan kejayaan anda.

Friday, June 29, 2012

KEM JATI DIRI 2012 || HARI PERTAMA



 Pada 4-5 Jun 2012,Pusat Bahasa Pelangi telah menganjurkan Kem Jati Diri 2012 di Mutiara Resort,Tanjung Sedili.Peserta yang terlibat terdiri dari pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3 bersama-sama dengan guru iringan.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta tentang halatuju masa depan sebagai seorang pelajar cemerlang, di samping mengeratkan silaturrahim di antara guru dan pelajar.


 Para peserta dan guru berkumpul seawal 9 pagi di Pusat Bahasa Pelangi bagi memudahkan proses pendaftaran..


Tepat pukul 11 pagi,bas bertolak ke destinasi.Semua peserta begitu teruja dengan aktiviti yang bakal di adakan di Mutiara Resort.Perjalanan mengambil masa 2 jam.Pada tahun ini,Kem Jati Diri 2012 telah mendapat tajaan pengangkutan dari Umi Group,Taman Sri Pulai.Terima Kasih kepada Umi Group di atas tajaan tesebut.Sesiapa yang berminat menggunakan perkhidmatan bas sekolah,hubungilah Umi Group.Insyaallah berpuas hati.
.

 Alhamdulilah,rombongan selamat sampai ke Mutiara Resort pada pukul 1 tengah hari.Para peserta berkumpul untuk mendengar tentatif program yang diterangkan oleh cikgu Khairudin.Pembahagian kumpulan dijalankan.


Para peserta tidur di khemah yang telah disediakan oleh pihak resort yang dipasang berdekatan dengan pantai.


 Manakala guru-guru akan meginap di bilik.Setiap bilik mempunyai katil yang selesa dan kemudahan yang lengkap.Bersesuaian dengan keperluan sepanjang kem ini..







Selesai saja meletakkan barang di khemah ,para peserta dan guru menjamu selera makanan yang ditempah khas dari Ubi Kayu.






Aktiviti riadah pula, perlawanan bola sepak antara peserta lelaki dan perempuan diadakan dengan memakai kain sarong.Walaupun sukar bermain dan mengejar bola dengan memakai kain namun semua pelajar enjoy.








  Selepas bermain bola sepak pantai, gambar kenangan peserta mengikut kumpulan diambil sebagai kenangan di Mutiara Resort,Tanjung Sedili..


                                      
  Aktiviti melepaskan geram dan stress di pantai sebelum solat maghrib.


Sesi ceramah HALA TUJU SEBAGAI SEORANG PELAJAR yang berlansung dengan jayanya yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari UTM.Semua peserta mendengar dengan penuh khusyuk walaupan terasa lapar dan penat setelah melakukan aktiviti riadah.


 Cikgu Zarina sedang memasak nasi goreng sebagai menu makan malam sambil tersenyum manis.


                              
Staf-staf Pusat Bahasa Pelangi yang terdiri dari guru-guru turut sibuk membantu meyiapkan makan malam..

                              
 Cikgu Khai dan cikgu Azuwan sedang khusyuk  memanggang ayam.


ayam BBQ dan sosej BBQ yang sedang dipanggang..nyum3




 Para peserta sedang menuggu  makan malam dengan sabar sambil berbincang persembahan malam budaya yang akan diadakan selepas makan malam.










 Persembahan peserta mengikut kumpulan masing-masing.Persembahan ini membolehkan  peserta menunjukkan bakat masing-masing dan membuang sifat gemuruh ketika berhadapan penonton.Antaranya ialah zapin dan berlakon.Sungguh menhiburkan!







Penutup bagi malam ini ialah aktiviti infront speech sambil ditemani unggun api.Akiviti infront speech diadakan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri peserta ketika bercakap di khalayak ramai..Selain itu, peserta dapat berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan dengan lebih dekat dan terbuka.Peserta yang dipanggil akan bercakap secara spontan apa yang terlintas di fikiran.Daya ketahanan fizikal turut diuji kerana aktiviti ini berakhir pada jam 4 pagi.Aktiviti bersurai.