Pada musim cuti sekolah bulan March 2014 , Pusat Bahasa Pelangi telah mengadakan Program Kem Jati Diri 2014 bertempat di Tajnung Sedili, Johor . Kem jati diri ini adalah kem tahunan yang diadakan pada setiap tahun . Kem jati diri ini bertujuan untuk memantapkan jati diri pelajar disamping mendidik pelajar untuk bekerjasama dalam kumpulan .Kem jati diri ini telah berlangsung pada 28 dan 29 March 2014 selama 2 hari 1 malam .
Kem ini diketuai oleh pengetua Pusat Bahasa Pelangi iaitu Cikgu Khairuddin dan Cikgu Zarina dengan kerjasama 2 orang fasilitator iaitu Diana dan Athirah. Bilangan peserta yang menyertai kem jati ini adalah seramai 29 peserta yang terdiri daripada tingkatan 5 , tingkatan 3 dan darjah 6 . Seramai 29 orang peserta ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Para peserta diberi peluang untuk menamakan kumpulan mereka sendiri.
Peserta sedang berbincang tentang Malam Kebudayaan di dalam bus
Hari Pertama (28 March 2014)
Seawal pukul 8.30 pagi , peserta berkumpul si perkarangan Pusat Bahasa Pelangi . Pelajar - pelajar kelihatan sungguh bersemangat dan tidak sabar untuk bertolak ke destanasi .
Peserta sampai ke destinasi tepat pukul 10.30 pagi. Setelah peserta selesai mengambil barang masing - masing , peserta diminta berkumpul di hadapan khemah mereka.
|
para peserta kelihatan mesra antara satu sama lain setelah berkenal di dalam bus ketika dalam perjalanan ke destinasi. |
|
Setiap peserta dikehendaki menyebut nama-nama peserta yang lain. Aktiviti ini dijalankan untuk mempermudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. |
Setelah itu, peserta perempuan menjamu selera di atas pentas manakala peserta lelaki sibuk mengemaskan diri untuk ke masjid yang berhampiran bagi menunaikan solat Jumaat.
Tepat pada pukul 2.30 petang bermulalah LDK 1 iaitu SpiderWeb.
|
Kelihatan Kumpulan Tersebut sedang bertungkus lumus untuk melepasi SpiderWeb itu.
|
Kumpulan Monster sedang bekerjasama untuk melepasi SpiderWeb. |
|
Fasi Athirah bersama anak En.Khairuddin dan Pn.Zamzarina |
|
Setelah selasai LDK 1 maka bermulalah LDK 2 iaitu Permainan Saham...
|
saat Kumpulan Amm Bedal ! menambahkan modal mereka dengan menggadai pelbagai jenis barang. |
|
saat kesemua CEO berbincang ... |
LDK seterusnya iaitu Malam Kebudayaan. Setiap kumpulan diberi tema bagi persembahana mereka spt teater muzikal dan silent.
|
Kumpulan Amm Bedal ! sedang berjoget lagu dangdut goyang inul sebagai persembahan Malam Kebudayaan |
|
Kumpulan Ape Giler ? melakonkn kisah Si Tanggang. |
|
Kumpulan Tersebut sedang menyanyikan lagu SAHABAT. |
|
Kumpulan Monster sedang menyanyikan lagu yang direka oleh mereka. |
Camp Fire sehingga jam 4 pagi
|
disaat peserta menceritakan tentang kehidupannya selama ini.. |
HARI KEDUA,29 March 2014
Selepas selesai ber-joging bersama-sama En.Khairuddin, para peserta menikmati sarapan yang disediakan oleh Pn.Zamzarina dan fasi. Kemudian bermulalah LDK Futsal Berpalikat.
|
Kumpulan Ape Giler ? bersama fasi-nya, Pn.Zamzarina |
|
Kumpulan Monster bersama fasi-nya, Athirah |
|
Kumpulan Tersebut bersama fasi-nya , Diana |
|
Kumpulan Amm Bedal ! bersama fasi-nya, En.Khairuddin |
LDK seterusnya, Kapal Karam.
LDK selepas mencari balloon sendiri di dalam surau ..
|
Pemenang bagi LDK memecahkan balloon team musuh :) |
LDK terakhir iaitu MUMIA berpasir ..
|
Pemenang bagi LDK MUMIA berpasir |
Para peserta berasa sangat gembira dan seronok dengan Kem Jadi Diri 2014. Seribu satu kenangan dan memori terpahat dalam hati masing-masing. Jutaan terima kasih kepada fasi dan para peserta atas kerjasama yang diberikn.peserta berharap agar kem seperti ini akan diadakan lgi di masa akan datang dengan lebih lama iaitu 3 hari 2 malam. Setiap gambar mempunyai kenangan tersendiri :)
MAKA BERAKHIRLAH KEM JATI DIRI PUSAT BAHASA PELANGI 2014
No comments:
Post a Comment