Thursday, November 19, 2009

::tahniah kepada pelajar2 UPSR PBP::

Berita Terkini
Bersiaran secara Langsung dari Pusat Bahasa Pelangi (PBP)


Khamis, 19 November - Setakat ini seramai 15 daripada calon UPSR telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini (2009). Manakala yang mendapat 4A 1B pula adalah seramai 5 orang. Pihak Pusat Bahasa Pelangi amat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap agar tahun depan Pusat Bahasa Pelangi dapat melahirkan ramai lagi pelajar2 yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kebanyakan pelajar yang mendapat 5A adalah dari Sek. Keb Taman Universiti (4) dan juga Sek Keb Taman Sri Pulai. Dan tahniah juga kepada Aini Ruzaini kerana telah diberi Gelaran Tokoh Sekolah.


Menurut kata Pengetua/Pengerusi Pusat Bahasa Pelangi, Khairuddin bin Muhammad, beliau amat teruja dan gembira akan kejayaan ini. Tahun-tahun sebelum ini juga Pusat Bahasa Pelangi telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang, dan pada tahun ini bilangannya semakin bertambah. Alhamdulillah. Menurut beliau juga, seperti setiap tahun, Majlis Penyampaian hadiah dan wang sumbangan juga akan diadakan. Dan yang pasti tahun ni pasti lebih hebat ganjarannya.


Antara pelajar2 yang cemerlang tersebut adalah Eizzah Aqilah, Siti Rozaireen, Muhammad Firdaus, Muhammad Amzar, Muzammer, Fatini, Adilla, Afifa Intan, Adrianna, Aini Ruzaini, Auji Najwa, Nasreen, Hazwan, Shahrul Syazwan, Muhammad Arif, Syarifah Ameena, dan beberapa lagi pelajar.

Diharap dengan kejayaan ini, dapat mengembangkan lagi pasaran Pusat Bahasa Pelangi serta kualiti dan keberkesanan pelajaran dan pembelajaran semakin berkesan.


Walaubagaimanpun, masih terdapat beberapa pelajar yang tidak dapat dihubungi.


Dibawah adalah gambar2 sekitar penyampaian hadiah, sijil dan sumbangan wang kepada pelajar2 yang berjaya dalan UPSR tahun 2008.




Pengetua/Pengerusi sedang membaca teks ucapan


Khusyuknya tetamu mendengar ucapan drp Pengetua/ Pengerusi


Antara tetamu yg hadir


Penyampaian sedikit sumbangan dan sijil


Pengetua senyum simpul atas kejayaan pelajar2


Bergambar bersama tunggak PBP
(abaikan perutku yg buncit itu oz tgh peknen 7 month)


Bersama staff2


Jamuan ringan disediakan


Cikgu 2 pun nak enterframe


No comments:

Post a Comment