Thursday, March 24, 2011

KEM JATI DIRI 2011 (Part 1)

Pada hari Selasa bersamaan 15 Mac 2011, Pusat Bahasa Pelangi telah mengadakan Kem Jati Diri untuk pelajar PMR dan SPM di Batu Layar, Desaru.

Seawal jam 7 pagi, para peserta telah berkumpul di Pusat Bahasa Pelangi Taman Universiti.

Setelah sesi photoshoot selesai, para peserta berangkat ke Batu Layar pada jam 7.30 pagi.
Ketika di dalam bas, ketua setiap kumpulan perlu mencabut undi,  untuk menentukan Kementerian apa yang bakal dibahaskan ketika aktiviti Latihan Dalam Kumpulan. Antara kementeriannya ialah Kementerian Kewangan, Kementerian Belia dan sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pelajaran, dan Kementerian Pengangkutan.

Pada jam 10.15 pagi, peserta sampai di Batu Layar. Para peserta diberi sarapan Nasi Lemak dan air.

Para peserta makan mengikut kumpulan yg telah diberi. Sedap sangat sampai berebut tu..


Setelah selesai makan, para peserta bersama-sama fasilitator membuat senaman ringan yang diketuai oleh Puan Zarina.

 Eeh ke mana Cikgu Wahida nak pergi tu..?

 Tangan di pinggang.. Kepala ke kanan.. *sambil senyum :)

 Oh tidakkk!! Masing masing mengeluarkan bau..

Baru buat senaman ringan dah peluh-peluh ni..

Setelah membuat senaman ringan, acara diteruskan lagi dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan di mana para peserta duduk dalam bulatan mengikut kumpulan untuk berdebat dengan kementerian yang lain.
Usul yang bernas dan bantahan menarik amat dititikberatkan ketika berdebat.

En. Khai memberi keterangan dan cara cara untuk berdebat.




Aktiviti diteruskan dengan permainan JOM MAIN!!!

Permainan ini dinamakan Rantai Berkasih di mana para peserta perlu mengikat sebelah kaki dengan sebelah kaki peserta yang lain dengan menggunakan tali yang telah diberikan. Kemudian, para peserta perlu bergerak ke Checkpoint lalu membuka ikatan tersebut dan meneruskan pengembaraan untuk mencari Telur Karun mengikut warna kumpulan mereka.

 Jengket jangan tak jengket kaki tu.. Inilah kasih sayang yang dapat dilihat..

 Jangan jarakkan kaki awak.. Nanti kaki saya sakit !

Cikgu Azuan : Tak pe usaha tangga kejayaan. GO ! GO!


Pada jam 12.15 tengahari, permainan diberhentikan sementara dan para peserta diberi rehat dan menikmati juadah tengahari.

 Juadah tengahari : Nasi, ayam masak merah dan sayuran. Hmm, sedap nya...

 Cop!! Sebelum makan, posing dulu yerr..

Peace!! Nasi sedap hati pun senang.. Hehe..


NANTI KAN PART 2 !!

1 comment:

  1. kem ini bagus..tapi perlu dibaiki bahagian iktilat terutama kepada yang Muslim..
    penganjur sangat bertanggungjawab atas hal ini...

    ReplyDelete