Hari kedua Kem Jati Diri 2012 Pusat Bahasa Pelangi dimulakan dengan aktiviti beriadah selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah.Walaupun jam baru menunjukkan pukul 7 dan matahari baru sahaja terbit,namum para peserta tetap bersemangat melakukan aktiviti riadah.Antaranya aktiviti aerobik dan joging yang diketuai oleh setiap ketua kumpulan.
Setelah selesai beriadah,setiap peserta berkumpul di dalam kumpulan untuk aktiviti seterusnya iaitu ADK 2.Pemainan diadakan antara setiap kumpulan iaitu permainan BOM NEGARA .Tujuan permainan ini diadakan untuk memupuk semangat kerjasama antara setiap ahli kumpulan.
Kumpulan yang kalah akan didenda untuk membuat hakka-hakka.Seterusnya,semua peserta dan guru-guru bersarapan nasi lemak bagi mengalas perut.
Damia Aleesya dan Damia Ayyunie sedang bersarapan bersama di tepi pantai.
Selesai saja aktiviti bola tampar pantai,cikgu Dini,cikgu Azuwan,cikgu Zarina dan guru-guru yang lain sibuk memasak mee hoon goreng untuk makan tengah hari.Peserta kem turut ringan tulang membantu memotong sayur,membasuh bekas dan memasak .
Para peserta memanfaatkan peluang yang ada dengan mandi laut sebelum makan tengah hari.
Para peserta sedang makan tengah hari bersama dengan guru-guru.
Selesai makan tengah hari,para peserta bergambar mengikut kumpulan sebagai kenangan.Tahniah diucapkan kepada Kumpulan 1 dan 2 kerana telah menjadi kumpulan terbaik sepanjang Kem Jati diri 2012..
Setelah semua aktiviti selesai dan barang-barang telah dikemas.Gambar kenangan beramai-ramai turut diambil sebagai tanda ingatan.Alhamdulilah,KEM JATI DIRI 2012 PUSAT BAHASA PELANGI di Mutiara Resort,Tanjung Sedili telah berlansung dengan jayanya dengan bantuan para guru dan komitmen 100% dari peserta yang terlibat.Selepas Zuhur,rombongan bertolak balik ke Pusat Bahasa Pelangi.Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.Semoga berjaya diucapkan kepada pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki PMR dan SPM.Kami Pusat Bahasa Pelangi mendoakan kejayaan anda.
No comments:
Post a Comment