Friday, June 29, 2012

KEM JATI DIRI 2012 || HARI PERTAMA



 Pada 4-5 Jun 2012,Pusat Bahasa Pelangi telah menganjurkan Kem Jati Diri 2012 di Mutiara Resort,Tanjung Sedili.Peserta yang terlibat terdiri dari pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3 bersama-sama dengan guru iringan.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta tentang halatuju masa depan sebagai seorang pelajar cemerlang, di samping mengeratkan silaturrahim di antara guru dan pelajar.


 Para peserta dan guru berkumpul seawal 9 pagi di Pusat Bahasa Pelangi bagi memudahkan proses pendaftaran..


Tepat pukul 11 pagi,bas bertolak ke destinasi.Semua peserta begitu teruja dengan aktiviti yang bakal di adakan di Mutiara Resort.Perjalanan mengambil masa 2 jam.Pada tahun ini,Kem Jati Diri 2012 telah mendapat tajaan pengangkutan dari Umi Group,Taman Sri Pulai.Terima Kasih kepada Umi Group di atas tajaan tesebut.Sesiapa yang berminat menggunakan perkhidmatan bas sekolah,hubungilah Umi Group.Insyaallah berpuas hati.
.

 Alhamdulilah,rombongan selamat sampai ke Mutiara Resort pada pukul 1 tengah hari.Para peserta berkumpul untuk mendengar tentatif program yang diterangkan oleh cikgu Khairudin.Pembahagian kumpulan dijalankan.


Para peserta tidur di khemah yang telah disediakan oleh pihak resort yang dipasang berdekatan dengan pantai.


 Manakala guru-guru akan meginap di bilik.Setiap bilik mempunyai katil yang selesa dan kemudahan yang lengkap.Bersesuaian dengan keperluan sepanjang kem ini..







Selesai saja meletakkan barang di khemah ,para peserta dan guru menjamu selera makanan yang ditempah khas dari Ubi Kayu.






Aktiviti riadah pula, perlawanan bola sepak antara peserta lelaki dan perempuan diadakan dengan memakai kain sarong.Walaupun sukar bermain dan mengejar bola dengan memakai kain namun semua pelajar enjoy.








  Selepas bermain bola sepak pantai, gambar kenangan peserta mengikut kumpulan diambil sebagai kenangan di Mutiara Resort,Tanjung Sedili..


                                      
  Aktiviti melepaskan geram dan stress di pantai sebelum solat maghrib.


Sesi ceramah HALA TUJU SEBAGAI SEORANG PELAJAR yang berlansung dengan jayanya yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari UTM.Semua peserta mendengar dengan penuh khusyuk walaupan terasa lapar dan penat setelah melakukan aktiviti riadah.


 Cikgu Zarina sedang memasak nasi goreng sebagai menu makan malam sambil tersenyum manis.


                              
Staf-staf Pusat Bahasa Pelangi yang terdiri dari guru-guru turut sibuk membantu meyiapkan makan malam..

                              
 Cikgu Khai dan cikgu Azuwan sedang khusyuk  memanggang ayam.


ayam BBQ dan sosej BBQ yang sedang dipanggang..nyum3




 Para peserta sedang menuggu  makan malam dengan sabar sambil berbincang persembahan malam budaya yang akan diadakan selepas makan malam.










 Persembahan peserta mengikut kumpulan masing-masing.Persembahan ini membolehkan  peserta menunjukkan bakat masing-masing dan membuang sifat gemuruh ketika berhadapan penonton.Antaranya ialah zapin dan berlakon.Sungguh menhiburkan!







Penutup bagi malam ini ialah aktiviti infront speech sambil ditemani unggun api.Akiviti infront speech diadakan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri peserta ketika bercakap di khalayak ramai..Selain itu, peserta dapat berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan dengan lebih dekat dan terbuka.Peserta yang dipanggil akan bercakap secara spontan apa yang terlintas di fikiran.Daya ketahanan fizikal turut diuji kerana aktiviti ini berakhir pada jam 4 pagi.Aktiviti bersurai.

No comments:

Post a Comment